Karnival YOKUK 2018 & Pelancaran Logo Baharu YOKUK – Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan | Kelantan Foundation for the Disabled
 

Karnival YOKUK 2018 & Pelancaran Logo Baharu YOKUK

| Posted in Activity

Karnival YOKUK 2018 & Pelancaran Logo Baharu YOKUK yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh. Terima kasih diucapkan kepada YB di atas kesudian menerima jemputan dari kami untuk melancarkan logo baharu YOKUK dan juga sumbangan yang sangat dihargai daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tidak lupa juga kepada semua penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan untuk majlis YOKUK Karnival 2018. Kami sangat menghargai sumbangan ini untuk menjayakan majlis kami. Selain itu, pihak YOKUK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada badan koprat DRB-HICOM atas sumbangan sebuah kereta Proton Exora 1.6 MPV. Terima kasih juga kepada Man Khan dan semua yang terlibat untuk menjayakan majlis sambutan hari jadi untuk 400 kanak kanak istimewa. Kami harap semua terhibur semalam dan kami meminta maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis dijalankan. Semoga kita berjumpa lagi di YOKUK Karnival tahun depan ???


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*