Palliative – Yokuk@Sayang Home Care

pc

PENGENALAN YOKUK@SAYANG HOME CARE

Kami menawarkan perkhidmatan dan kemudahan perubatan secara PERCUMA bagi mempertingkatan kualiti hidup pesakit.Ia dilakukan dengan memberi rawatan dari aspek : perubatan, fisioterapi, psikologi dan kawalan emosi. Buat masa sekarang rawatan ini dilakukan kepada pesakit dirumah dan perkhidmatan ini ditawarkan di daerah Kota Bharu dan daerah yang berdekatan khasnya dan seluruh negeri Kelantan amnya.

ANGGOTA DALAM RAWATAN PALIATIF

Koordinator Paliatif

Jururawat Paliatif

Fisioterapi

Penolong Pegawai Perubatan

APAKAH ITU PERUBATAN PALIATIF

Perubatan Paliatif adalah rawatan dan penjagaan pesakit dan keluarga yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan seperti kanser, strok terlantar, pesakit kronik yang sedang tenat  dan sebagainya dan kini diiktiraf sebagai bidang perubatan.

MISI

Memastikan setiap rakyat Malaysia menyedari akan kepentingan penjagaan paliatif.

 

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN RAWATAN PALIATIF

Kanser yang parah – peringkat akhir

Kegagalan fungsi organ

Kecacatan yang teruk semasa lahir(chromosomal abnormalities)

Penyakit kronik yang bertambah tenat