Sahabat Yokuk

Sahabat YOKUK,  satu kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada professional-professional, membantu Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada golongan OKU. Sahabat YOKUK yang diketuai oleh Pensyarah Perubatan di Jabatan Pediatrik, USM Kubang Kerian, Prof Madya Dr. Hans Van Rostenberghe kini mempunyai sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai bidang termasuk Pakar Kanak-kanak, Pakar Kesihatan Awam, Pakar Pergigian, Pakar Pemakanan, Kejururawatan, Fisioterapi dan sebagainya. Sukaralewan professional ini adalah dari Hospital USM dan juga Hospital Kota Bharu. Orang perseorangan bukan dari bidang perubatan juga diharap akan menyertai Sahabat YOKUK untuk membantu golongan OKU ini.

Pelajar perubatan dan pergigian USM juga menjadikan lawatan ke rumah klien YOKUK (home visit) sebagai sebahagian daripada kegiatan ko-kurikulum di USM.Mereka berusaha agar klien-klien YOKUK dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Dilancarkan pada tahun 2004 dan dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Hans, projek pertama Sahabat YOKUk adalah Hari Terbuka Sahabat YOKUK pada 24 Februari 2005. Aktiviti Sahabat YOKUK termasuk Klinik Kanak-Kanak dan Dewasa dan perkhidmatan pergigian. Sahabat YOKUK juga menganjurkan sukaneka yang disertai oleh kanak-kanak Sindrom Down

Untuk memudahkan perhubungan dikalangan sukarelawan Sahabat YOKUK, satu newsgroup telah dibuat iaitu : http://groups.yahoo.com/group/sahabat_yokuk/

Ia terbuka untuk semua orang yang berminat untuk menyertai newsgroup ini.

One Thought on “Sahabat Yokuk

  1. MOHAMMAD IZWAN on 16/10/2013 at 2:44 pm said:

    assalamualaikum, sy bekas student kolej islam sains dan teknologi. saya ingin bertanyakan sera memohon kerja kosong di yokuk untuk terapi carakerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*