SELAMAT DATANG KE YOKUK - A FOUNDATION FOR THE DISABLED & UNDERPRIVILEGED
Membina hidup yang lebih bermakna melalui penglibatan bersama oleh komuniti
Sebuah Yayasan yang menyediakan perkhidmatan terapi pemulihan, penjagaan paliatif, khidmat kebajikan, dan latihan pendidikan.
Apa Yang Kami Lakukan

TERAPI PEMULIHAN
Pasukan terapi kami yang terdiri daripada Jurupulih Anggota, Jurupulih Carakerja serta pembantunya menjalankan pelbagai jenis terapi samada di Pusat Pemulihan kami atau di rumah klien.
LATIHAN PENDIDIKAN
Kami menyediakan latihan vokasional secara percuma kepada golongan remaja istimewa. Latihan ini adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang bersesuaian dalam pekerjaan. Kami juga menyediakan bengkel-bengkel ilmu untuk kumpulan sokongan ibu bapa dan penjaga serta untuk pekerja dan klien kami bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka.

PENJAGAAN PALIATIF
Kami memberi khidmat kejururawatan secara komprehensif, termasuklah pendidikan kesihatan, sokongan moral dan rohani kepada klien-klien terlantar bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.
KHIDMAT KEBAJIKAN
Kami membantu klien kami menyelesaikan masalah harian mereka seperti menyediakan bantuan pengangkutan, membaiki rumah, bantuan kewangan, dan penempatan kerja. Kami juga menyediakan makanan berkhasiat kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar di Kelantan.
Bagaimana Anda Boleh Membantu

Hulurkan sumbangan anda untuk menampung keperluan terapi percuma di YOKUK, kelas latihan vokasional, tajaan keluarga untuk bantuan kebajikan, atau menampung kos perbelanjaan penjagaan kuda untuk terapi berkuda.
Penajaan Korporat
Sertai kami untuk membawa perubahan kepada komuniti serta penuhi tanggungjawab sosial korporat anda.
Sukarelawan
Daftar sebagai seorang YOKUKteer (sukarelawan YOKUK) untuk program pengumpulan dana, menyertai lawatan ke rumah klien, berjinak, bermain dan “groom” kuda-kuda kami, serta bermain muzik di dalam kelas MAD Therapy di YOKUK.
Membeli dan menderma
Beli makanan seperti martabak & serunding di e-shop kami, Myiesha. Hasil jualan akan disalurkan untuk menampung operasi yayasan.
BANTU KAMI
Kami telah bekerjasama dengan ribuan klien dari seluruh Kelantan.
Melalui pelbagai program samada di pusat YOKUK mahupun di luar, kami berjaya membantu klien daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Perkara ini tidak mustahil dengan sumbangan dan bantuan orang ramai seperti anda!
PELAJAR-PELAJAR DALAM “PROGRAM MAKANAN KESIHATAN (PROMAK)”, YOKUK's Food for Good Programme
PESAKIT PALIATIF SEJAK 2014
KLIEN HIDROTERAPI
KLIEN HIPPOTHERAPY
LAWATAN RUMAH TAHUNAN
PERKHIDMATAN YOKUK
Bagaimana kami boleh membantu
Apabila kami menerima klien, pasukan kami akan melaksanakan penilaian untuk menentukan khidmat-khidmat yang bersesuaian dengan mereka paling sesuai bagi menambah baik pergerakan mereka, keupayaan diri, serta kualiti hidup mereka.
FISIOTERAPI
HIPPOTHERAPY
HIDROTERAPI
TERAPI DERIA
TERAPI MUZIK, SENI DAN DRAMA
PENJAGAAN PALIATIF
LATIHAN PENDIDIKAN
KHIDMAT KEBAJIKAN
Testimoni Kejayaan
Penjagaan Paliatif untuk Aminkasfi
En. Aminkasfi seorang pesakit terlantar yang telah dirujuk oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Beliau didiagnosis dengan thalamic haemorrhage, strok, neurological deficit, hypertension dan strok. Beliau memerlukan sokongan intensif termasuk...
Terapi Sensori untuk Wafir
Mohamed Wafir adalah anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Wafir tidak menunjukkan apa-apa tanda kelainan dalam tempoh kandungan ibunya. Namun begitu, terdapat komplikasi semasa kelahiran dan adik Wafir di masukkan ke dalam wad dengan segera...
Terapi Muzik, Seni & Drama untuk Sekolah
Di YOKUK, Terapi Muzik, Seni dan Drama (MAD) digunakan sebagai salah satu komponen dalam pemulihan. Kajian menunjukkan bahawa muzik dan seni mampu mengurangkan kesakitan, tekanan, meningkatkan daya ingatan serta komunikasi,...
Sukarelawan, Derma, Sebarkan.
Mula Sekarang.
Email: admin@yokuk.org
Hubungi Kami: +60(9)7742033, +60(9)7743033