Tentang Kami

Kisah Datin Suliana

Datin Suliana Shamsuddin Alias adalah seorang ahli kimia bertauliah dengan Ijazah Fisiologi dan Kimia Biologi dari Universiti Salford, Manchester. Beliau merupakan seorang ahli kimia sebelum berpindah ke bahagian Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti. Selepas 13 tahun dengan ICI Paints, beliau telah membuka sebuah syarikat Pengurusan dan Perundingan di Malaysia dan Indonesia.

Sifat lemah lembut dan penyayang Suliana diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya, Dato; Haji Alias Shamsuddin dan Datin Hajjah Sofia. Mereka merupakan pengasas Sri Inai, salah sebuah sekolah swasta yang terawal di Malaysia.

Beliau terlibat secara aktif dengan YOKUK-A Foundation for the Disabled and Underprivileged yang ditubuhkan pada tahun 1999. Datin Suliana merupakan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif YOKUK sejak tahun 2000.

Di bawah pimpinan beliau, bangunan YOKUK telah berjaya dibina pada tahun 2000. Beliau berjaya membina dan membimbing pasukannya untuk melaksanakan kerja-kerja Yayasan. YOKUK berkonsepkan Pemulihan Dalam Komuniti, untuk membantu mereka yang kurang berkeupayaan meningkatkan kualiti hidup mereka dengan penglibatan masyarakat setempat.

Berbeza dengan layanan biasa terhadap OKU yang mengasingkan mereka daripada masyarakat, Datin Suliana percaya yang adalah lebih baik mereka ditempatkan dan dijaga oleh ahli keluarga mereka sendiri dengan sokongan yang dihulur oleh beliau.

Selain penjagaan kesihatan, YOKUK juga membantu OKU dengan menyediakan latihan vokasional kepada bekas pelajar kelas integrasi masalah pembelajaran yang berumur 18 tahun, di mana mereka dilatih beberapa jenis kemahiran seperti membasuh kenderaan, mencuci pakaian, berkebun dan sebagainya untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Setelah bertahun-bertahun beliau terlibat dalam kerja-kerja kebajikan, masih banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Sukarelawan, Derma, Sebarkan.

Mula Sekarang.

Email: admin@yokuk.org

Hubungi Kami: +60(9)7742033, +60(9)7743033

ms_MYMalay