Soalan-soalan Lazim
Dapatkan soalan anda di sini.
Masih belum dapat jawapan? Hantar emel atau telefon kami – maklumat adalah seperti di bawah!
Bagaimana untuk mendaftar dengan YOKUK?
Untuk mendaftar dengan YOKUK, klien atau penjaga perlu hadir ke pejabat YOKUK dengan salinan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), kad pengenalan pemohon, ibu bapa atau penjaga, surat beranak pemohon, peta lokasi rumah pemohon dan sekeping gambar pemohon.
Berapa kos perkhidmatan YOKUK?
Perkhidmatan kami diberikan secara percuma kepada OKU dan mereka yang kurang berkemampuan.
Di mana perkhidmatan YOKUK disediakan?
YOKUK ditubuhkan untuk membantu dan mengurangkan beban yang dialami oleh OKU dan mereka yang kurang bernasib baik di Kelantan. Buat masa sekarang, YOKUK menerima dan mendaftar klein yang berada dan tinggal di negeri Kelantan.
Bolehkah Mobil Penyayang membuat penghantaran luar dari negeri Kelantan?
Keutamaan kami adalah kepada klien yang berada di negeri Kelantan dan penghantaran di negeri Kelantan sahaja. Namun begitu, terdapat permohonan khas yang memerlukan kami untuk membuat pertimbangan untuk kes-kes tertentu sahaja.
Sukarelawan, Derma, Sebarkan.
Mula Sekarang.
Email: admin@yokuk.org
Hubungi Kami: +60(9)7742033, +60(9)7743033