Hippotherapy untuk Raikal

Wan Ahmad Rizq Raikal telah dirujuk ke YOKUK oleh Klinik Paediatrik, HRPZ pada masa beliau berumur 3 tahun. Beliau mengidap epilepsi dan Global Developmental Delay sejak dilahirkan situasi di mana membawa kepada kelewatan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang ketara.

Pada pertemuan kami yang pertama dengan Raikal, beliau tidak mampu berdiri dan hanya berbaring sahaja. Postur badan yang fokus mata yang lemah. Beliau hanya mampu minum susu khas sahaja.

Selepas penilaian yang teliti, kami mencadangkan agar Raikal menjalani kedua-dua jenis Hippotherapy dan Sensory Therapy. Hippotherapy boleh membantu menambah baik kawalan otot dan motor manakala sensori terapi adalah untuk membantu fungsi sensori. Dalam masa yang sama dia meneruskan temu janji dengan neurologi pediatri.

Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan sepanjang PKP tidak memungkinkan Raikal untuk menghadiri sesi terapi secara fizikal. Namun begitu, dengan komitmen yang penuh oleh ibu bapa, sesi terapi Raikal masih boleh dijalankan secara atas talian.

Selepas 2 tahun bersama kami, Raikal telah menunjukkan kemajuan yang ketara. Beliau kini telah mampu membalikkan badannya, berguling ke kiri dan kanan dan mampu duduk untuk tempoh jangka masa 2 minit. Beliau juga memberi tindak balas apabila dipanggil. Kami mengharapkan banyak lagi kemajuan yang akan ditunjukkan oleh Raikal.

SERTAI PERBUALAN

Tinggalkan komen

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay