Di YOKUK, Terapi Muzik, Seni dan Drama (MAD) digunakan sebagai salah satu komponen dalam pemulihan. Kajian menunjukkan bahawa muzik dan seni mampu mengurangkan kesakitan, tekanan, meningkatkan daya ingatan serta komunikasi, membantu pemulihan serta memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan melalui komunikasi bukan lisan.
Kelas Integrasi Masalah Pembelajaran, Sekolah kebangsaan Raja Bahar, Koa Bharu adalah antara sekolah yang sering menghantar pelajarnya untuk mengikuti program Terapi MAD ini. Ini kerana mereka dapat melihat kemajuan yang dicapai hasil daripada sesi terapi ini. Kami juga dapat melihat bagaimana peserta-peserta MAD dapat meluahkan bakat seni yang terpendam. Sejak diperkenalkan, YOKUK telah beberapa kali membawa pelatih-pelatihnya untuk persembahan drum circle di beberapa tempat.
Sebelum ini, pelatih-pelatih daripada SK Raja Bahar tidak fokus dan memberi kerjasama dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Tetapi selepas beberapa kali menyertai MAD, mereka kini telah berjaya berkomuniksai dua hala dan fokus di dalam kelas. Kemajuan seperti ini boleh dilihat sekurang-kurangnya selepas setahun menjalani terapi MAD.
0 Komen