Terapi Sensori untuk Wafir

Mohamed Wafir adalah anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Wafir tidak menunjukkan apa-apa tanda kelainan dalam tempoh kandungan ibunya. Namun begitu, terdapat komplikasi semasa kelahiran dan adik Wafir di masukkan ke dalam wad dengan segera.

Semasa berumur 2 tahun, ibunya mengenalpasti sedikit kelainan berbanding kanak-kanak lain. Dia tidak dapat menunjukkan emosi gembira, sedih atau tidak selesa. Bimbang dengan keadaan Wazir, ibunya cuba mendapatkan nasihat dari Hospital Raja Perempuan Zainal, di mana Wafir telah didiagnosis dengan Down Syndrome. Selama 2 tahun, Wafir menjalani terapi sensori di hospital. Namun begitu, sesi di hospital yang agak sukar telah membuatkan Wafir sering menangis dan mengamuk. Salah seorang kenalan ibunya mencadangkan YOKUK.

Wafir berdaftar dengan YOKUK pada tahun 2014 ketika berumur 4 tahun. Pada masa itu dia masih lagi memakai lampin pakai buang dan bergantung sepenuhnya kepada ibunya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian dan fokus semasa sesi. Dia mempunyai masalah dari segi keseimbangan badan, sentuhan dan pergerakan sendi. Semasa sesi terapi dia tidak boleh duduk diam. Percakapannya tidak jelas dan susah untuk difahami.

Sejak menyertai terapi di YOKUK perubahan ketara telah berlaku. Pada umur 6 tahun dia telah mula kurang bergantung kepada ibu, tidak lagi memakai lampin pakai buang, mampu ke tandas, mandi dan memakai pakaian sendiri. Dia mampu berkomunikasi dengan lebih baik dan berkawan dengan kenalan yang sebaya.

Semasa sesi terapi, dia telah mampu menumpukan perhatian dengan aktiviti sekurang-kurangnya 20 minit. Semasa umur 9 tahun dia telah berjaya mengenal nombor, boleh menulis dan percakapannya juga amat baik sekali.

Wafir masih lagi mengikuti sesi terapi sensori di YOKUK untuk membantu meningkatkan keyakinan diri dan kemampuan pembelajarannya.

SERTAI PERBUALAN

Tinggalkan komen

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay