Latihan Vokasional untuk Zulfikri

Zukfikri telah diterima untuk program latihan vokasional selepas menamatkan persekolahan di Kelas Integrasi Masalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Panji, Kota Bharu, Kelantan. Semasa pendaftaran sebagai pelatih kelas vokasional, kami telah mengenal pasti kemahiran vokasional yang ada dalam dirinya. Meskipun beliau mempunyai masalah pembelajaran, tetapi beliau mempunyai beberapa kemampuan dan berjaya menamatkan tugasan yang telah diberikan kepadanya.

 

Melalui kerjasama YOKUK dengan USM, beliau telah terpilih untuk program “Intellectual Disabled Job Training Program” di mana beliau akan didedahkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Zulkifri berjaya menamatkan program ini dan telah menjalani latihan pekerjaan di Pasaraya Ko-Ummah di Kelantan. Di sini, para pelatih akan diberikan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan mereka dan penilaian secara berkala akan dibuat untuk memastikan prestasi kerja pelatih.

Kami di YOKUK amat berbangga dengan pencapaian yang dibuat oleh Zulfikri dan berharap agar beliau akan terus berjaya pada masa hadapan.

SERTAI PERBUALAN

Tinggalkan komen

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay